Tuesday, December 23, 2008

Sejarah Sekolah

NAMA RASMI SEKOLAH

Di awal penubuhannya, sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah
Rendah Layang-Layang sempena lokasi sekolah di daerah Layang-Layang. Perubahan masa dan pertambahan jumlah pelajar hingga ke tahap SPM,telah merubah nama kepada Sekolah Menengah Layang-Layang. Nama sekolah sekali lagi mengalami perubahan apabila Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah Menengah menggunakan nama “Kebangsaan” sebagai nama rasmi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang.

SEJARAH PENUBUHAN

SMK Layang-Layang telah dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1984. Pada awalnya sebuah “bangunan kilat” (pasang siap) yang mengandungi enam bilik darjah telah dibina di kawasan Sekolah Kebangsaaan Pekan Layang-Layang. Empat buah bilik darjah telah digunakan untuk menampung empat kelas peralihan. Sebuah bilik dijadikan makmal sains dan sebuah lagi sebagai surau. Empat kelas tingkatan satu terpaksa menumpang di bangunan induk SK Pekan Layang -Layang. Ketika itu persekolahan terpaksa dijalankan pada sesi petang. Walaupun SMK Layang-Layang terpaksa menumpang di SK Pekan Layang-Layang selama setahun dan segala peralatan sains serta buku teks telah dipinjam dari SMK Datuk Haji Hassan Yunos, Renggam namun akhirnya ia dapat berdiri megah sebagai sebuah sekolah yang mempunyai prasarana lengkap seperti sekarang. Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-Layang telah dirasmikan oleh
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor, pada hari Rabu 15 Februari 1989 Masihi bersamaan 9 Rejab 1409.

No comments:

Post a Comment